Nama Jadin Satay sebenarnya sempena nama saya Jamilah Akmaludin Satay. Resepi pembuatan satay ini saya pelajari daripada arwah saya Akmaludin bin Hj Musa. Perniagaan arwah ayah saya suatu ketika dahulu bernama Zaidin Satay Kajang Sdn Bhd. Selepas kekekangan ekonomi syarikat arwah ayah saya dibubarkan. Tetapi arwah ayah masih bangun meneruskan Legasi satay ciptaannya dengan menggunakan Nama Pak Din Satay Kajang. Sebelum arwah ayah meninggaldunia kembali kepada pencipta Allah SWT telah menurunkan segala ilmu bidang penghasilan satay kepada saya untuk meneruskan legasi resipinya.Maka saya teruskan hingga ke hari ini supaya orang diluar masih boleh merasai keenakan dan kelazatan satay Kajang. Walaupun ramai peniaga satay diluar sana namun resipi adalah berlainan begitu juga rasanya. Semoga dengan ilmu yang ditinggalkan oleh arwah ayah saya ini dapat saya amalkan dan kongsikan untuk pahala dikemudian hari..Al fatihah buat arwah ayah Al Marhum Akmaludin bin Hj Musa Dan Ibu saya Al Marhumah Zainap binti Ghalim..
Nama Kedai Serta SSM (jika ada): JADIN SATAY
Alamat Kedai (no kedai) : Batu kikir Anjung Selera, Kuala Pilah, Bahau, Jempol, Serting, Seremban,, Melaka, Pahang, Terengganu,,Johor, Perak, Kedah, Perlis,Negeri Sembilan